Sunday 18 December 2016

KESIMPULAN


            Industri pelancongan negara dilihat telah mengalami perkembangan yang pesat. Kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peruntukan dan membuat pelaburan yang tinggi telah memberikan kesan yang positif terhadap industri tersebut. Bermula dari rancangan Malaysia ke-2 hingga ke-9, banyak perubahan yang berlaku sedikit demi sedikit. Ianya dapat dilihat dengan purata pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat tahun demi tahun. Industri ini bukan sahaja memberi kesan positif kepada ekonomi kerajaan bahkan seluruh rakyat menerima tempiasnya. Sebagai contoh imej negara yang baik mampu menarik perhatian ramai pelancong.

            Justeru itu, penambahbaikan dan kajian untuk menambahbaik segala yang berkait dengan industrI pelancongan perlu dilihat dan dikaji dari semasa ke semasa supaya industri pelancongan Malaysia mampu setanding dengan industri pelancongan di peringkat antarabangsa. Usaha-usaha pihak kerajaan dan swasta dalam mempromosikan negara perlu digiatkan dengan lebih aktif.

            Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia juga. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini. Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam sehinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.

            Akhir sekali, jika semua usaha yang dijalankan oleh semua pihak dilakukan dengan baik, maka pembangunan industri pelancongan akan lebih berkembang dan maju selaras dengan negara maju yang lain.





No comments:

Post a Comment